Monday, 28 January 2013
Saturday, 14 July 2012
C9 di Hua Ho Manggis Ballroom
7th July 2012
Hua Ho Mall Manggis Ballroom
Assalamualaikum wbt
Jarang sekali kami perform di Hua Ho Mall Manggis ani, ada pun last year atau pun last two years. Atu pun sekali saja. Kali ani kami di contact oleh DJ Deen untuk menghiburkan satu majlis perkahwinan di sana. Tapi kali ani ada sedikit kelainan lah. Selalunya kami perform untuk orang Melayu, kali ani kami perform untuk Indian wedding - anak perempuan kepada yang empunya Teguh Raya.
Our boss Azry & Deen. Bukan Dj Deen hehe.
Iski durang meliatkan business card baru yang baru datang dari Miri hari atu jua thru offer dari Social Deal. Batah tah abis lagi business card ni. Fyi, our Mr. Deen is one of the big boys of the Social Deal team. Bila SD ada, tejumpa tah ia tu. Then say "Hi, Canang Sambilan" hehehe. Jangan lupa tu ah.

Hafiz & Sarul dengan darbuka & rebana.

Ani adalah pandangan dari arah kami.

Apa yang memeriahkan lagi adalah adanya persembahan silat dari Silat Gerak 41. Walaupun ianya adalah Indian wedding tetapi ianya juga diselitkan dengan adat melayu yang kuat besilat dan juga kami dengan mengiringi lagu silat dan lagu-lagu Melayu.

Bisai, damit-damit sudah pandai besilat. Nanti aku silat hang???!!! hehe.

Memang acara pada malam atu sangat meriah dengan warna yang bermacam-macam, dimeriahkan lagi dengan kanak-kanak yang suka bermain ke sana ke mari. Bila masih damit, semua kami join menari. Dah basar ani, duduk saja bisai haha.
Seperti biasa,

-------------------------------------------------------
As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.
For more info, you can email us at 'canang9@live.com'
Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com
Or
simply inbox us at our fan page HERE
Posted by Canang Sambilan at 14:02 0 comments
Friday, 13 July 2012
Bridex lagi...
1st July 2012
BRIDEX
Assalamualaikum wbt
First of all... kami minta maaf kepada sesiapa yang plan untuk book kami for the 1st July. Kami menerima lima undangan untuk hari atu including a royal wedding. Akan tetapi, ada sudah yang booking setahun lebih awal untuk hari atu. Bertuahnya. Siapa yang bertuah atu?
Posted by Canang Sambilan at 22:54 0 comments
C9 - BRC Dinner
26hb Jun 2012
Tarindak D'Seni
Assalamualaikum wbt
Bulan lapas, kami di panggil untuk membuat hiburan bagi satu event yang dianjurkan oleh UBD. Ianya telah berlangsung di Tarindak D'Seni. Ramai jua orang luar terlibat dari kalangan orang nusantara hingga ke barat. Ada lagi yang sempat request lagu zapin lapas atu then beliau menari dapan kami. Dashyat... orang putih pandai menari, jangan di lawan haha.
...Gambar sebagai hiasan saja...
Sambung lagi cerita. So pada hari atu, ada juga seorang delegate dari Sabah. Beliau adalah seorang yang expert dalam bidang gong & canang. Sampat lagi request sebuah lagu gunung Kinabalu then beliau dengan delegates lain pun menari mengelilingi tempat makan atu sehingga inda lagi nampak ruang kosong dalam barisan orang menari yang panjang. Atu ya =D
Our boss, sakit kepala mengingatkan melody orang request tapi Alhamdulillah, semua dapat dimainnya. Entah apa yang ada di fikirannya masa atu haha.
Semasa makan malam bermula, kami dijemput untuk menikmati makan malam juga. Laksa, nasi kambing, lambchop, iatah makanan kami malam atu. Rezeki jangan di tolak. Makanannya nyaman-nyaman. Cuba liat bisdurang di atas ani, gerenti kekanyangan ni. Lapas siap makan baru kami perform lagi dengan mendendangkan lagu-lagu nusantara seperti poco-poco, rasa sayang, sipaku gelang dan macam-macam lagi. Yang penting semua terhibur dengan persembahan kami malam atu.
Dan seperti biasa,
Kalau ada di sorok-sorok, di bawah kerita, belakang kami, inda kami tau tu ah.... =D
Ok lah, atu saja.
-------------------------------------------------------
As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.
For more info, you can email us at 'canang9@live.com'
Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com
Or
simply inbox us at our fan page HERE
Posted by Canang Sambilan at 10:59 0 comments
Monday, 25 June 2012
C9 di Sg Besar
24hb Jun 2012
Kg Sungai Besar
Kg Sungai Besar
Assalamualaikum wbt
Al-kisah, kami membuat persembahan di Kg Sungai Besar di Jalan Kota Batu untuk menghiburkan satu majlis perkahwinan. Bulan ani, tiap Ahad, gerenti orang kawin saja ni. Tapi sebelum kami berjalan ke Sg Besar, kami pun singgah dulu ke rumah boss di Mentiri yang terletak sebalah kampung Sg Besar ani. Dalam 10am, baru tah kami jalan.
Dalam gambar di atas ani, kem di bawah atu lah tempat kami breakfast hehe sebelum jemputan-jemputan lain datang.
Disebabkan pemain violin kami akhir datang kerana ia terlibat mengajar muzik di sekolah-sekolah menengah setiap hari Ahad, kami biarkan ia makan dulu sebelum join perform. Bila ya naik ke atas balik, di dapatinya ada sapit ani. Inda kali ya pakai bow ikung kuda yang biasa atu? Pakai basi kali udah hehehe!!!
Deen mendendangkan beberapa buah lagu seperti biasa bersama dengan Achah.
Selain dari kami, ada jua kumpulan hadrah yang memeriahkan majlis atu ketika pengantin laki berangkat tiba ke rumah pengantin perempuan ani. Dan seperti biasa, nada lain inda bukan lagi... group photo dengan pengantin =)
Terima kasih
&
Salam
-------------------------------------------------------
As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.
For more info, you can email us at 'canang9@live.com'
Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com
Or
simply inbox us at our fan page HERE
Posted by Canang Sambilan at 00:37 0 comments
Thursday, 21 June 2012
C9 di Airport Mall
17hb Jun 2012
Airport Mall Ballroom
Assalamualaikum wbt
Pada hari Ahad, 17hb Jun 2012, kami telah diundang untuk membuat persembahan lagi, kali ani kami di undang untuk memeriahkan satu majlis perkahwinan di sana. Ramai jua orang yang kami kenali sana atu, dangan-dangan di uni dulu. Yang kawin ani pun jua baru lepasan uni, tunggu graduate saja lagi =)
Deen mendendangkan beberapa buah lagu yang inda tedapat dalam list. Google pakai hp pun menjadi jua hehe.
Achah menyanyikan sebuah lagu Hero yang bolehlah memukau sekajap audience di sana hehe. Di sini, Rhymie inda tahan inda memigang mic, mesti jua menyanyi kan jadi background voice Achah hehe.

Cemani lah mula-mula arrangement kami sebelum pengantin laki datang dari Tutong. Thanks Nazri mengambilkan gambar ani.

Ani, bila sudah ramai orang, inda lagi tekawal tempatnya haha ramai jua yang join kami di tampat ani bediri-diri meliat pengantin besanding. Apa yang mencuit hati kami lagi, bisai-bisai lapas perform, inda tau apa-apa tarus kana marahi pasal inda meminjamkan mic hehe ish ish ish.

Kali ani, kami di beri jamuan setelah kami perform. Nyaman jua makanan atu. Padan jua saiz badan inda mengurang. Tiap minggu perform, semua makanannya nyaman-nyaman. Alhamdulillah, rezeki.

Akhir sekali, seperti biasa, kami dipanggil oleh pengantin untuk bergambar ramai.
Insyaallah, kami akan perform setiap hari Ahad sampai 8hb Julai. To avoid disappointment, jika biskita memerlukan perkhidmatan kami, booking awal ok? =)
Atu lah saja untuk entry kali ani. Jaga diri semua.
Assalamualaikum wbt
-------------------------------------------------------
As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.
For more info, you can email us at 'canang9@live.com'
Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com
Or
simply inbox us at our fan page HERE
Posted by Canang Sambilan at 13:59 0 comments
Wednesday, 13 June 2012
C9's Live Performance Videos
1. Anding
2. Autumn Leaves
3. Aladom
4. Kasih
5. Besame Mucho
6. O Sole Mio / Its Now or Never
1. Anding
2. Autumn Leaves
3. Aladom
4. Kasih
5. Besame Mucho
6. O Sole Mio / Its Now Or Never
We'll be adding more videos soon. Stay tune =)
Posted by Canang Sambilan at 00:55 1 comments
Monday, 11 June 2012
C9 di Pengkalan Mau
10hb Jun, 2012
Pengkalan Mau, Tutong
Assalamualaikum wbt
Kali ani kami diundang untuk membuat persembahan di Daerah Tutong untuk satu majlis bersanding. Jarang sekali kami kana panggil untuk membuat persembahan di kampung-kampung di luar daerah ani. Perjalanan kami mengambil masa dalam 20 minit saja dari Tanjung Bunut, fikir jauh rupanya inda hehe.
Setelah sampai, kami pun tarus set-up segala instrument kami. Di sebabkan pemain gulintangan kami off-duty untuk dua minggu di Jepun, orang lain tah menyusunkan. Gambar atas ani menunjukkan Hafiz sedang menyusun gulintangan untuk pemain gulintangan undangan kami yang ke akhiran bangun sikit pada hari atu hehe.
Semasa set-up instruments, kami di landa satu dilemma lagi. Basi rebana kami patah. Baik jua lah ada satu lagi rebana spare just in case ada apa-apa terjadi. Its all good!!! =) Ganti basi saja pasal sebelum ani pernah jua patah lah, tua sudah basinya sikit.
Walau macamana pun jua, persembahan mestilah diteruskan..... dengan senyuman dan gelak tawa haha. Memang keluarga C9 ani, setiap kali buat persembahan, nada kurang ni dengan ketawanya. Kalau nada ketawa, bukan dah C9 tu hehe. Jangan stress-stress apa-apa ani.
Walau macamana pun jua, persembahan mestilah diteruskan..... dengan senyuman dan gelak tawa haha. Memang keluarga C9 ani, setiap kali buat persembahan, nada kurang ni dengan ketawanya. Kalau nada ketawa, bukan dah C9 tu hehe. Jangan stress-stress apa-apa ani.
In the middle is our cool boss, Azry, dengan raja dan permaisuri hari atu. Pengantin perempuan ani dengannya belajar degree di uni dulu. Kami tanya boss, bila kawin pasal kawan-kawannya banyak dah kawin. Ya jawap, mun paham bisai haha!!!
Seperti biasa, group photo kami featuring Rhymie dari IRB (kanan bawah sekali). Ia kan perform dengan kami untuk dua minggu bagi menggantikan pemain gulintangan kami yang chillax di Jepun.
Ok lah. Atu saja untuk entry kali ani. Minggu hadapan ada lagi entry baru insyaallah.
-------------------------------------------------------
As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.
For more info, you can email us at 'canang9@live.com'
Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com
Or
simply inbox us at our fan page HERE
Posted by Canang Sambilan at 03:00 0 comments
Thursday, 31 May 2012
C9 di Indera Samudra - 27hb Mei 2012
Sehari selapas kami perform untuk BAG Network, kami membuat satu persembahan lagi bagi memeriahkan satu majlis di Indera Samudra, Empire Hotel, Jerudong. Ia adalah event yang di organised oleh satu mining company dari luar negara iaitu:

Punyalah ramai orang yang datang atu. Ramai client-clientnya dari Brunei dan luar negara datang untuk Appreciation Night bisdurang ani.

Cemani tah rupa dalam Indera Samudra Hall malam atu.
Location kami perform ialah di belakang hall ani, kana separate dari dewan basar ani. Kami menghiburkan orang sebelum semua yang hadir atu di arah masuk ke dewan. Masa chill-chill atu lah pokoknya =D

Ani adalah stage kami masa kami set petang, boleh tahan jua basarnya.
&
seperti biasa
Full team!!! Mun sorang lagi balik dari UK, excess tia hehe.
Di kesempatan ani kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Catts Event Management kerana memberi kami kepercayaan untuk memeriahkan majlis atu. Hope to collaborate again in the near future =)
-------------------------------------------------------
As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.
For more info, you can email us at 'canang9@live.com'
Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com
Or
simply inbox us at our fan page HERE
Posted by Canang Sambilan at 14:37 0 comments
C9 di Royal Berkshire Hall, Polo - 26hb Mei 2012
Assalamualaikum wbt
Pada hari Sabtu lalu, C9 telah dijemput untuk memeriahkan satu majlis meraikan 10 tahun penubuhan satu company iaitu BAG Network. Majlis atu diadakan di Royal Berkshire Hall, Polo Club di Jerudong. Kami ditempatkan di tempat biasa kami, boleh lah dipanggil dungeon tapi kali ani dungeon kayangan pasal ya di atas!!! =D

Sebelum majlis mula, semua orang happy pasal relax saja perform malam atu.

Mubarak dengan gulintangan setnya yang baru
Selesai saja habis kami perform untuk satu jam, kami pun berehat dan bersedia untuk perform pada akhir majlis atu untuk mengiringi segala penyampaian hadiah dan sebagainya. Sementara menunggu atu, banyak karenah yang bisdia ani buat...

Tom melihat performances dari arah beranda. Chill banar ya ani.
Di bawah ani, sikit saja gambar kami ambil daripada persembahan-persembahan dari BAG.


~Sementara atu~

Sampai lagi Sarul belajar violin masa atu tapi inda berjaya. Better luck next time!!! Haha.
Kali ani, kami inda mengambil gambar kami segroup. Kerana telampau akhir sudah, ada jua sudah yang balik, jadi atulah saja.
Dan di sini kami sertakan video yang kami ambil pada malam atu... enjoy:
Autumn Leaves
-------------------------------------------------------
As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.
For more info, you can email us at 'canang9@live.com'
Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com
Or
simply inbox us at our fan page HERE
Posted by Canang Sambilan at 14:01 0 comments
Thursday, 24 May 2012
C9 di Plenary Hall, ICC
Pada hari Sabtu lapas, 19hb Mei, kami
telah diundang untuk membuat persembahan gulintangan lagi. Hari Isnin
minggu yang sama sudah di Polo Grandstand, kali ani kami perform di
Plenary Hall ICC. Walaupun ada diantara kami yang terpaksa membatalkan hasrat untuk menyertai WRC di Taman SOAS, gig ani mesti tah diteruskan jua. Mudahan donation kami dimanfaatkan dan dibagi kepada yang memerlukan, okay!!! =)
Mubarak mengambil makanan buat kali ketiganya. Dua kali sebelum majlis mula, sekali selapas majlis habis haha.
Hafiz pun jua, terpaksa melayan liur, lari diet tarus haha. Btw, makanannya memang tah sedap. Thanks Khaz Corner pasal memasak makanan yang nyaman-nyaman malam atu.
Deen mendendangkan lagu sesudah majlis selesai pasal malam atu kami ada 'special' guest, VERY SPECIAL untuk dihiburkan & kami terpaksa stay back sekajap lapas abis orang balik atu.
Ada dua orang peminat si Deen yang meliat ya menyanyi dapan-dapan stage atu haha boleh tahan... PHEWITT!!!!
Kenapa kami gambar gulintangan kami ani, sedih tapi happy jua pasal next gig kami, kami kan pakai gulintangan baru! Nada lagi satu line macam di atas ani, jadi chromatic tia udah macam keyboard hehe.
dan seperti biasa...

Malam atu, kami inda perform dengan female singer kami, Achah, ia terlibat dengan WRC. Then, yang nada dalam gambar ani jua, big bro kami, Joy. Awal ya balik hehe.
Insyaallah, this week kami ada dua lagi persembahan makan malam untuk dua company. Kita jumpa lagi di dalam post yang baru nanti. Stay tune!!!
-------------------------------------------------------
As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.
For more info, you can email us at 'canang9@live.com'
Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com
Or
simply inbox us at our fan page HERE
-------------------------------------------------------
Posted by Canang Sambilan at 01:24 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)