Thursday 24 May 2012

C9 di Plenary Hall, ICC

Pada hari Sabtu lapas, 19hb Mei, kami telah diundang untuk membuat persembahan gulintangan lagi. Hari Isnin minggu yang sama sudah di Polo Grandstand, kali ani kami perform di Plenary Hall ICC. Walaupun ada diantara kami yang terpaksa membatalkan hasrat untuk menyertai WRC di Taman SOAS, gig ani mesti tah diteruskan jua. Mudahan donation kami dimanfaatkan dan dibagi kepada yang memerlukan, okay!!! =)


C9 at ICC - 19th May 2012 
(2)

Macam ani tah suasana dewan sebelum majlis mula. Boleh tahan jua lah jemputan atu. Kami dimaklumkan bahawa jemputan yang dipanggil adalah seramai 1000 orang. Makanannya pun sedap!!!



C9 at ICC - 19th May 2012

Mubarak mengambil makanan buat kali ketiganya. Dua kali sebelum majlis mula, sekali selapas majlis habis haha.

C9 at ICC - 19th May 2012 (7)

Hafiz pun jua, terpaksa melayan liur, lari diet tarus haha. Btw, makanannya memang tah sedap. Thanks Khaz Corner pasal memasak makanan yang nyaman-nyaman malam atu.

C9 at ICC - 19th May 2012 (4)

Deen mendendangkan lagu sesudah majlis selesai pasal malam atu kami ada 'special' guest, VERY SPECIAL untuk dihiburkan & kami terpaksa stay back sekajap lapas abis orang balik atu.


C9 at ICC - 19th May 2012 (5)


Ada dua orang peminat si Deen yang meliat ya menyanyi dapan-dapan stage atu haha boleh tahan... PHEWITT!!!! 

C9 at ICC - 19th May 2012 (6)

Kenapa kami gambar gulintangan kami ani, sedih tapi happy jua pasal next gig kami, kami kan pakai gulintangan baru! Nada lagi satu line macam di atas ani, jadi chromatic tia udah macam keyboard hehe.

dan seperti biasa...


C9 at ICC - 19th May 2012 (3)


Malam atu, kami inda perform dengan female singer kami, Achah, ia terlibat dengan WRC. Then, yang nada dalam gambar ani jua, big bro kami, Joy. Awal ya balik hehe.

Insyaallah, this week kami ada dua lagi persembahan makan malam untuk dua company. Kita jumpa lagi di dalam post yang baru nanti. Stay tune!!!


-------------------------------------------------------

As of 2012, we are charging BND$500** per wedding event.

For more info, you can email us at 'canang9@live.com'

Contact:
8641674 (Azri)
8652515 (Deen)
Email: canang9@live.com

Or
simply inbox us at our fan page HERE

-------------------------------------------------------

0 comments:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP