Salam Dari Canang Sambilan
Hari ini switch on computer... log in blogspot... dah nampak satu profile baru. Canang Sambilan titlenya. Cerita sebuah kumpulan muzik isinya. Memang lama dah nak buka blog ni tetapi baru hari ani kesampaian di buka untuk orang ramai.
Pertama kali saya ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan kumpulan gulintangan Canang Sambilan diatas support diantara ketani sama-sama yang diberikan dari dulu sejak tertubuhnya kumpulan gulintangan ani dan sehingga kini masih kekal sebagai sebuah kumpulan penggiat seni muzik tradisional gulintangan Brunei.
Sebenarnya Canang Sambilan ani lama dah wujud. Mulanya kami main gulintangan biasa-biasa saja dari sebuah kumpulan gulintangan sekolah menengah. Sekali, kami sendiri melebarkan sayap kami untuk mencuba perform untuk resepsi orang kawin dalam tahun 2002. Dari hanya enam orang pemain, semuanya memainkan alat-alat muzik acoustic seperti gulintangan, tawak-tawak, canang tiga, gong, dan gendang labik, kami mula bertambah kepada sembilan orang dalam tahun 2006.
Kami memilih nama Canang Sambilan ani semasa adanya perkahwinan diraja dalam bulan September 2007. Kami sebagai satu kumpulan diarah untuk main bersempena perkahwinan diraja di tamu malam di Bandar. Sekali inda tau apa nama kumpulan kami. Jadi kami brainstorm patang sebelum kami perform malam atu untuk memilih nama yang bisai. Tapi inda tecari... Akhir-akhirnya memilih tah nama satu instrument, Canang. Sambilan atu awal-awalnya dari perkataan sembilan pasal kami semuanya sembilan orang. Lapas bebincang, bersetuju tah semua ani menamukan Canang sama Sembilan jadi Canang Sembilan, C9. Oleh sebab seorang pemain kami melanjutkan pelajaran di seberang laut jadinya kami menukar sembilan atu jadi sambilan. Kira main gulintangan tiap minggu atu keraja sambilan kami . Tetapi masih kekalkan short form Canang Sambilan ---> C9
Ok lah setakat ani saja dulu untuk post kali ani...
Harapan kami sebagai satu kumpulan untuk dapat mengekalkan irama muzik ketani dan supaya dapat diturunkan lagi budaya tradisi nenek moyang ketani kepada generasi-generasi yang baru dan yang akan datang...
Assalamualaikum wbt
_______________________
Hj Azri, C9

0 comments:
Post a Comment